Terminal Bas Inanam Contact Number & Jadual Bas
Terminal Bas Inanam atau sering dikenali juga sebagai Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam di Kota Kinabalu adalah hub bas express menghubungkan kawasan pantai timur Sabah.
Bas exkspress yang beroperasi di sini memberi khidmat kepada orang ramai yang menuju ke Ranau, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan banyak pekan-pekan kecil di sepanjang laluan bas.
Terminal bas ekspress ini biasanya agak sibuk semasa cuti umum dan cuti perayaaan.
Alamat: Mile 6, Jalan Tuaran, Inanam, 88400 Kota Kinabalu
Contact Number: 088-384701
Bas express yang beroperasi di terminal tersebut antara lainnya ialah
- Tung Ma Express
- Sida Express
- Sairah Express
- Sentosa Express
- Sabariah Express
- Amin Jaya Express
- Sri Mutiara Express
- Dyana Express
- Optis Jaya Express
- TransTedar Express
Untuk booking tiket bas dan semakan jadual bas menuju ke destinasi anda dari sini anda boleh semak dengan easybook.com
Rujuk lokasi terminal ini guna google map di bawah.
Terminal ini menyediakan kemudahan asas kepada orang ramai seperti
- Kaunter Tiket
- Balai Menunggu
- Washrooms
- Prayer Rooms
- Kedai Makan
Untuk pergi ke terminal bas Inanam anda boleh gunakan Teksi (Taxi), Kereta Sewa, Grab / Maxim dan juga pengangkutan awam.