Jadual & Harga Tiket Bas Ke Kuala Besut

Jadual dan harga tiket bas ke Kuala Besut Terengganu dari RM 44.00. Tentu ramai warga Besut yang berkerja di KL atau tempat-tempat lain dan selalu menggunakan perkhidmatan bas ekspress.

Untuk yang bukan warga Besut, sebenarnya banyak tarikan pelancong di daerah Besut yang menarik untuk dikunjungi.

Penumpang boleh beli tiket bas online >> DI SINI

Terdapat satu lagi sebab mengapa ramai yang pergi ke Besut, ini kerana bot untuk pergi ke Pulau Perhentian bertolak dari Kuala Besut.

Jarak antara Terminal Bas ke jeti Kuala Besut untuk dapatkan bot laju ke Pulau Perhentian tidaklah jauh, boleh jalan kaki sahaja.

Pulau Perhentian pula adalah pulau yang tercantik di Pantai Timur, dan surga kepada pengemar snorkeling, diving dan juga aktiviti santai di pantai dengan pasir yang putih cantik.

Jika anda hendak book tiket bas, anda boleh beli di terminal bas atau yang paling senang, melalui applikasi online seperti di Easybook.com, busonlineticket.com dan catchthatbus.com.

Kami lebih gemar menggunakan applikasi easybook.com kerana lebih mudah digunakan.

Baca juga: Harga tiket dan jadual bas ke Kuala Terengganu

Penumpang boleh buat perbandingan harga tiket antara syarikat bas dan juga jadual perjalanan bas ke destinasi tersebut dalam satu paparan sahaja.

Jadual & Harga Tiket Bas Ke Besut

Jika nak tahu jadual bas ekspress penumpang boleh mendapatkan maklumat harga tiket dan jadual perjalanan bas dalam satu paparan melalui applikasi online.

Sebab itu sekarang ini kebanyakan pengguna lebih gemar membuat booking atau pembelian tiket bas di portal-portal online.

Jika anda mahukan lebih banyak cabaran dalam proses beli tiket bas anda, bolehlah pergi ke terminal bas terdekat dengan anda untuk tanya maklumat tiket dan jadual bas.

Antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan perjalanan ke Besut setiap hari ialah Perdana Ekspress, Sani Express dan Mahligai Ekspress.

Tempoh perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke Kuala Besut ialah lebih kurang 7 jam bergantung kepada situasi lalulintas semasa.

Agak lama juga duduk dalam bas bukan?

Sebab itu lebih ramai yang memilih untuk bayar lebih sikit dengan menaiki kapal terbang untuk ke Terengganu berbanding naik bas.

Harga tiket bas ke Besut boleh anda semak melalui applikasi online dari destinasi berikut;

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Besut – dari RM35.00
  • Kuantan ke Besut – dari RM 35.10
  • Shah Alam ke Besut – dari RM 40.00
  • Seremban ke Besut – dari RM 45.00

Harga tiket dan jadual bas boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada syarikat bas itu sendiri.

Sentiasa check info terbaru untuk maklumat terkini.

Lokasi Terminal Bas Kuala Besut

Stesen bas Kuala Besut ke Jeti Kuala Besut
Photo: Facebook.com

Terminal bas Besut terletak di bandar Kuala Besut. Di sana pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian boleh dapatkan bot laju untuk ke pulau peranginan tersebut.

Lokasinya terletak tidak jauh dari  Jeti Kuala Besut, dalam jarak boleh jalan kaki sahaja sampai. Bolehlah kita andaikan Kuala Besut ialah gateway ke Pulau Perhentian.

Untuk memudahkan anda di bawah adalah lokasi terminal bas tersebut, dari Google Map.

Tarikan Pengunjung Di Besut

Selain untuk ke Pulau Perhentian apa benda menarik yang lain di Besut? Jangan bimbang. Ada banyak tarikan pelancong di Besut untuk pengunjung.

Antaranya ialah Bukit Kluang Beach, La Hot Springs,Masjid Ulul Albab, Lata Tembakah, Lata Belatan Amenity Forest dan Kota Putera Paragliding.

Pengunjung boleh baca senarai lengkap berserta informasi tempat-tempat menarik di daerah Besut di laman website rasmi Majlis Daerah Besut.

Selain itu anda juga boleh ambil kesempatan mencuba selera masakan pantai timur dan beramah mesra dengan penduduk tempatan.