Jadual & Harga Tiket Bas Ke Perlis Terkini
Informasi jadual dan harga tiket bas ke Perlis dari RM 45.00 yang terkini dan cara bookiing tiket bas. Ramai tanya, boleh ke travel ke Langkawi dengan bas?
Anda boleh naik bas ke terminal feri jeti Kuala Perlis untuk naik feri ke Pulau Langkawi.
Anda boleh book tiket bas ke Perlis secara online>>> DI SINI.
Kuala Perlis adalah salah satu gateway utama untuk ke Langkawi dan dari sana ambil ferry ke Koh Lipe Thailand.
Koh Lipe nie lain macam cantik pantai dan pemandangannya. Tak rugi jika ambil kesempatan berkunjung sehari dua ke sana.
Perlis itu sendiri juga walaupun negeri yang kecil di utara Semenanjung Malaysia memiliki banyak tarikan pelancong yang berbaloi untuk dikunjungi semasa cuti-cuti anda.
Harga Tiket Bas Ke Perlis Dari Pelbagai Destinasi
Senarai harga tiket bas dari pelbagai destinasi ini sebenarnya mudah dicari menggunakan pelbagai applikas online masa kini yang tersedia seperti busonlineticket.com, easybook.com, redbus.my, catchthatbus.com dan banyak lagi.
Aplikasi online ini ada menyediakan himpunan info perjalanan bas dari pelbagai destinasi pilihan anda dalam satu paparan sahaja.
Mudah untuk penumpang melihat jadual perjalanan bas-bas express dan perbezaan harga tambang antara pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan ke Perlis.
Jika anda perlukan lebih detail anda boleh layari info di Easybook.com.
Di bawah adalah senarai harga tambang bas express dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Perlis – dari RM 45.00
- Melaka ke Perlis – dari RM 66.00
- Johor Bahru ke Perlis – dari RM 83.00
- Kuala Terengganu ke Perlis – dari RM57.60
- Kuantan ke Perlis – dari RM68.00
- Shah Alam ke Perlis – dari RM 53.00
- Ipoh ke Perlis – dari RM 30.00
Nota: Harga tiket bas ini boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan maklumat terkini anda boleh layari applikasi online untuk melihat harga terkini.
Tarikan Pelancong Di Perlis
Selain fungsi Kuala Perlis sebagai gateway ke Langkawi dan juga Koh Lipe yang dianggap setanding dengan Maldives, jangan lupa bahawa Perlis sendiri menawarkan banyak tarikan pelancong yang berbaloi untuk dikunjungi.
Kedudukan geografi Perlis yang bersempadan dengan Thailand itu sendiri menjadikan Perlis juga menjadi gateway ke pulau-pulau peranginan di selatan Thailand seperti Koh Lipe Island antara lainnya di Thailand.
Jika disenaraikan satu persatu, rasanya entry ini menjadi terlalu panjang. Untuk melihat senarai tarikan pelancong di Perlis kami cadangkan anda layari website rasmi Majlis Perbandaran Kangar.
Feri Kuala Perlis Ke Langkawi
Ramai yang prefer menggunakan laluan dari Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Pengunjung yang ingin ke Langkawi dari terminal feri Kuala Perlis boleh parking kereta mereka di tempat-tempat yang dikhaskan berdekatan dengan terminal feri.
Untuk pengunjung ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis, perkhidmatan feri atau lebih dikenali sebagai RORO ada disediakan.
Kami ada menulis info terperinci mengenai perkhidmatan RORO ke Langkawi. Anda boleh baca untuk panduan anda nanti.
Kepada yang tidak bawa kereta ke pulau tersebut, jangan risau kerana kereta sewa murah banyak ditawarkan di sana.
Kaunter tiket feri Kuala Perlis terletak di terminal feri tersebut.
Kami ada buat perkongsian mengenai jadual dan harga tiket feri untuk perjalanan ke Langkawi.