Harga Tiket Bas Ke Perlis & Jadual Bas Express

Harga tiket bas ke Perlis dari RM 47.00 dan juga info jadual perjalanan bas express. Ramai tanya, boleh ke travel ke Langkawi dengan bas?

Sebenarnya anda boleh naik bas ke terminal feri jeti Kuala Perlis yang terletak di Perlis untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi.

Memang ramai yang prefer naik bas ke jeti Kuala Perlis untuk ke pulau peranginan Langkawi.

Banyak bas express yang menawarkan perkhidmatan perjalanan ke Kuala Perlis.

Anda boleh book tiket bas ke Perlis secara online>>> DI SINI.

Kuala Perlis adalah salah satu gateway utama untuk ke Langkawi dan dari sana ambil ferry ke Koh Lipe Thailand.

Perlis itu sendiri juga walaupun negeri yang kecil di utara Semenanjung Malaysia memiliki banyak tarikan pelancong yang berbaloi untuk dikunjungi semasa cuti-cuti anda.

Kali nie rasa nak share sedikit info mengenai khidmat bas express ke sana, mungkin berguna untuk anda.

Harga Tiket Bas Ke Perlis Dari Pelbagai Destinasi

Senarai harga tiket bas dari pelbagai destinasi ini sebenarnya mudah dicari menggunakan pelbagai applikas online masa kini yang tersedia seperti busonlineticket.com, easybook.com, redbus.my, catchthatbus.com dan banyak lagi.

Aplikasi online ini ada menyediakan himpunan info perjalanan bas dari pelbagai destinasi pilihan anda dalam satu paparan sahaja.

Mudah untuk penumpang melihat jadual perjalanan bas-bas express dan perbezaan harga tambang antara pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan ke Perlis.

Untuk memudahkan ada kami ada buat sedikit carian info harga tiket untuk perjalanan menggunakan bas ke Perlis dari pelbagai destinasi sebagai info permulaan untuk anda.

Jika anda perlukan lebih detail anda boleh layari info di Easybook.com.

Kami selalu gunakan applikasi mereka untuk tempahan tiket bas dan feri dan setakat ini perkhidmatan mereka agak memuaskan.

Di bawah adalah senarai harga tambang bas express dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Perlis – Dari RM 47.00 / pax
  • Melaka ke Perlis – dari RM 60.00 / pax
  • Johor Bahru ke Perlis – dari RM 82.00 / pax
  • Kuala Terengganu ke Perlis – dari RM62.00 / pax
  • Kuantan ke Perlis – dari RM68.00 / pax
  • Shah Alam ke Perlis – dari RM 53.00 / pax
  • Ipoh ke Perlis – dari RM 30.00 / pax

Nota: Harga tiket bas ini boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk mendapatkan maklumat terkini anda boleh layari applikasi online untuk melihat harga terkini.

Tarikan Pelancong Di Perlis

Senarai tarikan pelancong di Perlis

Selain fungsi Kuala Perlis sebagai gateway ke Langkawi dan juga Koh Lipe yang dianggap setanding dengan Maldives, jangan lupa bahawa Perlis sendiri menawarkan banyak tarikan pelancong yang berbaloi untuk dikunjungi.

Kedudukan geografi Perlis yang bersempadan dengan Thailand itu sendiri menjadikan Perlis juga menjadi gateway ke pulau-pulau peranginan di selatan Thailand seperti Koh Lipe Island antara lainnya di Thailand.

Jika disenaraikan satu persatu, rasanya entry ini menjadi terlalu panjang. Untuk melihat senarai tarikan pelancong di Perlis kami cadangkan anda layari website rasmi Majlis Perbandaran Kangar.

Di sana ada senarai dan informasi terperinci mengenai pelbagai tarikan pelancong yang ada di Perlis.

Feri Kuala Perlis Ke Langkawi

Ramai yang prefer menggunakan laluan dari Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Pengunjung yang ingin ke Langkawi dari terminal feri Kuala Perlis boleh parking kereta mereka di tempat-tempat yang dikhaskan berdekatan dengan terminal feri.

Sudah tentulah perlu bayar untuk gunakan kemudahan tersebut.

Antara perkhidmatan tempat meletak kenderaan yang popular berdekatan jeti ialah tempat letak kereta Yusof Bee.

Ramai yang beri maklum balas positif mengenai perkhidmatan syarikat ini.

Untuk pengunjung ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis, perkhidmatan feri atau lebih dikenali sebagai RORO ada disediakan.

Kami ada menulis info terperinci mengenai perkhidmatan RORO ke Langkawi. Anda boleh baca untuk panduan anda nanti.

Kepada yang tidak bawa kereta ke pulau tersebut, jangan risau kerana kereta sewa murah banyak ditawarkan di sana.

Kaunter tiket feri Kuala Perlis terletak di terminal feri tersebut. Anda boleh berhubung dengan kaunter tiket tersebut jika perlukan maklumat mengenai perkhidmatan feri ke Langkawi.

Kami ada buat perkongsian mengenai jadual dan harga tiket feri untuk perjalanan ke Langkawi. Jika ada masa boleh baca details di sana.

Semoga info mengenai jadual dan harga tiket bas ke Perlis ini bermanfaat untuk anda yang bercadang mengunjungi negeri tersebut nanti. Marilah bersama membantu menyokong industri pelancongan domestik dan pengangkutan awam dalam negara kita.