Syarat Biasiswa Gamuda Scholarship Lepasan SPM STPM
Biasiswa Gamuda Scholarship untuk pelajar lepasan SPM dan STPM ditawarkan lagi tahun ini.
Pelajar yang memenuhi syarat Biasiswa Gamuda digalakkan untuk memohon. Permohonan boleh dibuat secara online.
Sebenarnya ada banyak scholarship lain ditawarkan oleh syarikat-syarikat mega seperti IJM, Cagamas dan Hong Leong Bank.
Jika ianya tidak sesuai untuk anda, boleh cuba pula memohon biasiswa lain pula.
Biasiswa tajaan Gamuda Berhad ini terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang baik untuk sambung pengajian di universiti tempatan di Malaysia.
Sebelum memohon baca dengan teliti informasi lanjut di bawah.
Cara Memohon Biasiswa Gamuda Berhad
Jika anda layak dan berminat, anda bolehlah memohon biasiswa ini. Untuk memohon, pelajar boleh menghantar permohonan mereka melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak penaja.
Sebelum memohon pastikan anda membaca maklumat lengkap di website rasmi Yayasan Gamuda https://gamuda.com.my/sustainability-esg/yayasan-gamuda/gamuda-scholarship/
Hantar permohonan anda di portal yang disediakan. https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin?ReturnUrl=%2F
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti “Application Guidelines” yang menjelaskan proses permohonan dan yang berkaitan.
Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2024
Senarai Kursus Yang Ditaja
Info ini amat penting. Terdapat senarai jenis-jenis kursus yang mereka taja. Ini bermakna jika anda mengambil kursus selain dari yang mereka senaraikan, besar kemungkinan permohonan anda akan ditolak.
Jika dilihat dalam senarai di bawah, kebanyakan bidang kursus yang ditawarkan tajaan oleh Gamuda Berhad adalah bidang yang berkaitan secara langsung dengan industri yang sedang mereka ceburi terutama dalam bidang pembangunan hartanah.
Senarai jenis-jenis kursus yang ditaja.
- Engineering (Civil, Electrical, Mechanical)
- Quantity Surveying
- Building Surveying / Construction Management / Construction Technology
- Property / Real Estate / Urban Planning
- Architecture / Landscape
- Environmental Science & Sustainability / Horticulture
- IT / Computer Science / Software Engineering / Data Science
- Business Admin/ Management
- Finance / Accounting / Economics
- Human Resources / Psychology
- Marketing / Communication
Gamuda Berhad adalah salah satu syarikat terbesar di Malaysia dan juga di ASEAN yang terlibat dalam pembangunan hartanah.
Tidak menghairankan jika mereka menaja atau memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam bidang tersebut kerana ianya akan menjadi kekuatan dan aset penting kepada syarikat nanti.
Syarat Biasiswa Gamuda
Syarat kelayakan biasiswa Gamuda ini adalah maklumat yang sangat penting.
Sila lihat dengan teliti senarai kelayakan yang perlu anda ada untuk memohon biasiswa tersebut.
Jika anda memiliki kelayakan seperti yang tersenarai di atas peluang anda dapatkan biasiswa ini lebih tinggi.
Pelajar yang disenarai pendek (short-listed) dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup akan dihubungi untuk sesi interview.
Pada peringkat ini, adalah amat penting anda mempersiapkan diri mental dan informasi yang cukup untuk menghadapi temuduga biasiswa tersebut.
Selain itu anda juga kena buat sedikit penyelidikan atau pembacaan kerana pemohon mungkin akan dikehendaki menulis Gamuda Scholarship Essay untuk dokumen tambahan kepada permohonan anda.
Jika anda perlu menulisnya kena tulis dengan baik dan biarlah ianya bukan copy and paste. Persedian untuk ini juga penting.
Untuk membantu anda, baca tips menghadapi temuduga biasiswa supaya anda tahu cara membuat persediaan menghadapi temuduga tersebut.
Ada banyak tips dan info berguna di sana yang boleh anda terapkan untuk sesi scholarship interview nanti.
Sayang sekali jika anda gagal pada sesi temuduga kerana pada peringkat ini, peluang anda sepatutnya sudah terbuka luas.
Sebenarnya ramai yang terkandas dalam peringkat ini jika anda tidak betul-betul mempersiapkan diri.
Tawaran Biasiswa Dari Sumber Lain
Selain biasiswa ini, sebenarnya ada banyak tawaran biasiswa lain yang ditawarkan di luar sana.
Antaranya ialah biasiswa pendidikan yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri dan juga biasiswa dari agensi-agensi kerajaan serta korporat.
Jika anda berminat bolehlah layari senarai biasiswa di Malaysia yang ditawarkan tahun ini. Mungkin ada di antaranya yang sesuai dan boleh anda mohon.
———————————–
Anda juga mungkin berminat dengan tawaran biasiswa di bawah.
- Biasiswa Bank Negara Malaysia
- Biasiswa FELDA
- Biasiswa Yayasan Sime Darby
- Biasiswa Yayasan YTL