Check Tiket Bas Online: Jadual & Harga Tiket Bas
Check tiket bas online untuk semakan jadual perjalanan dan harga tiket bas dan juga feri di seluruh negara. Sekarang ini merancang perjalanan sudah semakin mudah dan cepat. Semua boleh buat online di mana sahaja anda berada. Kaedah online ini semakin berguna terutama semasa kita menghadapi masalah pandemik COVID-19 tahun ini. Norma baru ini mungkin akan berterusan pada masa akan datang.
Melalui online anda kini boleh check harga tiket dan jadual perjalanan bas dari satu destinasi ke destinasi yang lain di seluruh negara. Sekarang ini semuanya boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.
Penumpang boleh check harga tiket dan jadual bas >> DI SINI
Sebagai contoh, jika anda merancang untuk ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas, apa yang perlu dibuat ialah semak jadual bas dan harga tiket ke destinasi tersebut melaluiĀ banyak applikasi-applikasi online yang terdapat sekarang ini.
Dulu jika hendak naik bas kita terpaksa datang awal atau telefon kaunter tiket bas untuk dapatkan maklumat agar tidak ketinggalan bas sebab kita tidak tahu jadual bas, dan untuk check jadual bas kena datang ke terminal bas.
Agak menyusahkan dan banyak masa terbuang hanya untuk urusan beli tiket. Bukankah lebih baik jika ianya dipermudahkan?
Ada masanya kita ketinggalan bas, ada masanya kita datang berberapa jam jauh lebih awal dan buang masa menunggu bas bertolak.
Sekarang ini dengan adanya applikasi online, semuanya boleh dilakukan dengan mudah dan pantas. Penumpang kini boleh checkĀ atau semak jadual terkini perjalanan bas dan membandingkan harga dalam satu paparan sahaja di komputer atau mobile phone anda.
Kira macam beli barang di pasar, kita boleh membandingkan harga barang atau perkhidmatan yang serupa dari pelbagai syarikat bas express di satu tempat sahaja.
Applikasi Check Tiket Bas Online
Yang bagusnya, sekarang ini syarikat-syarikat bas di Malaysia kini sudah melihat peluang ini dan banyak yang menggunakan atau berkerjasama dengan portal booking tiket bas online seperti easybook.com, redbus.my, Catchthatbus.com dan juga busonlineticket.com.
Portal ini boleh digunakan untuk tujuan check harga tiket dan juga jadual perjalanan bas ke destinasi pilihan anda dalam satu paparan di skrin komputer atau mobile phone anda.
Maklumat lain seperti jumlah trip, jarak dan juga masa perjalanan juga ada dipaparkan dalam carian anda.
Cuba lihat contoh paparan untuk perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (Penang) dari applikasi Easybook.com di bawah untuk semakan jadual bas dan harga tiket.
Portal-portal tersebut menyediakan himpunan maklumat tiket semua syarikat bas express di Malaysia.
Maklumat seperti nama syarikat bas, jam bertolak, harga tiket dan jumlah trip dipaparkan untuk anda pilih syarikat bas dan jadual keberangkatan yang sesuai dengan anda.
Kalau di Malaysia, easybook.com adalah antara yang amat popular untuk beli tiket bas online. Selain itu portal lain seperti senarai di bawah juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Sememangnya anda punya banyak pilihan.
- Easybook.com
- Redbus.my
- Busonlineticket.com
- Catchthatbus.com
Di bawah adalah satu lagi contoh atau rujukan paparan untuk check trip bas secara online dari portal easybook.com untuk perjalanan dari TBS ke Kelantan.
Selain portal-portal tempahan bas di atas, syarikat-syarikat bas juga banyak yang mengambil peluang membangunkan website mereka sendiri. Ini untuk menyenangkan penumpang book tiket dengan mereka online.
Kini hampir kesemua syarikat bas memilik portal mereka sendiri. Kaedah pembayaran membeli tiket pula boleh menggunakan online banking, debit atau kredit card.
Pada musim cuti persekolahan atau cuti perayaan, membeli tiket lebih awal merupakan tindakan bijak. Pada ketika itu berlaku peningkatan mendadak jumlah penumpang yang menyebabkan bas untuk ke destinasi tertentu tidak mencukupi.
Senarai Online Portal Syarikat Bas Di Malaysia
Senarai syarikat bas yang memiliki portal untuk beli online tiket.
- Sani Express – http://www.sani.com.my/
- Transnasional – https://transnasional.com.my/
- Adik Beradik Express – https://adikberadikt89.com/
- http://www.eticketing.my/
- S.P Bumi Express
- Perdana Express
- Queen Express
- Cosmic
- Mutiara
Senarai ini kami akan kemaskini dari masa ke semasa. Kami hanya akan senaraikan portal-portal bas express yang boleh dipercayaai dan mesra pengguna.
Antara kriteria yang digunakan ialah portal syarikat bas tersebut mestilah mememberi maklumat tambahan seperti alamat pejabat dan perhubungan surat menyurat, email dan juga nombor telefon yang boleh dihubungi.
Apakah beli tiket bas secara online ini selamat? Pengalaman kami sendiri book tiket bas menggunakan portal easybook.com selama ini tidak mengalami sebarang masalah.
Kelebihan utama penggunaan applikasi online untuk book tiket bas dan feri di Malaysia ialah penumpang tidak perlu buang masa, tenaga dan wang untuk bergerak ke kaunter tiket kerana semua urusan boleh anda lakukan secara online dari rumah.
Semoga perkongsian info mengenai check tiket bas online ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.