Kaunter Tiket Feri Langkawi Contact Number

Kaunter tiket feri Langkawi contact number di Penang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Jika anda belum pernah ke pulau lagenda tersebut, apa kata kali ini jadikan destinasi ini sebagai pilihan pertama anda.

Ada begitu banyak sebab mengapa Langkawi adalah destinasi yang perlu anda lawat, yang pastinya anda tidak akan menyesal.

Mungkin akan menyesal jika tidak melawatnya kerana anda akan terlepas pengalaman percutian yang menarik.

Untuk ke pulau bebas cukai tersebut, ada 3 gateway utama iaitu guna feri dari Penang, Kuala Kedah atau di Kuala Perlis.

Penumpang boleh book tiket feri secara online >> DI SINI

Kami pernah ke Langkawi dari Kuala Kedah. Mungkin lebih baik kalau kami kongsikan dengan anda contact number ketiga-tiga terminal ferry yang disebut tadi.

Sebenarnya anda juga boleh menaiki flight ke Langkawi kerana pulau ini juga mempunyi airport yang agak besar juga.

Bagi yang ingin ke Langkawi dengan kereta dan anda bercadang untuk bawa masuk kereta ke pulau tersebut, anda boleh baca informasi mengenai perkhidmatan RoRo Langkawi.

Kaunter Tiket Di Terminal Feri Kuala Kedah

Seperti kami hari itu, masuk ke Langkawi dari Terminal Ferry Kuala Kedah, bolehlah beli tiket di kaunter tiket di terminal feri di Kuala Kedah.

Anda boleh gunakan maklumat perhubungan (contact number) kaunter tiket feri di terminal tersebut.

Jeti Penumpang Kuala Kedah
06600 Kedah Darul Aman
Tel : 04-762 6295 / 04-762 6296

Just in case anda perlukan maklumat seperti jadual feri dan juga harga tiket bolehlah hubungi mereka.

Anda boleh juga dapatkan info mengenai jadual dan harga tiket feri dari Kuala Kedah di artikel ini. Anda digalakkan membacanya untuk informasi lanjut.

Jika anda perlukan perkhidmatan parking kereta di sekitar terminal feri tersebut, ada banyak tempat letak kereta disediakan.

Informasi mengenai parking kereta di Terminal Feri Kuala Kedah ini mungkin bermanfaat untuk anda. Di sana ada maklumat mengenai contact number syarikat tempat letak kereta dan harga parking.

Kaunter Tiket Di Terminal Feri Kuala Perlis

Selain Terminal Ferry Kuala Kedah, anda juga boleh melawat Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis.

Tiket feri bolehlah dibeli di kaunter tiket yang terletak di dalam bangunan terminal di sana. Bagi yang ingin meninggalkan kereta anda di terminal tersebut, ada disediakan tempat parking kereta.

Jika anda ingin berhubung dengan pihak kaunter tiket seperti bertanyakan jadual dan harga tiket boleh gunakan maklumat perhubungan atau contact number di bawah.

Kaunter Tiket Feri Kuala Perlis
Jeti Penumpang Kuala Perlis
02000 Perlis Indera Kayangan
Tel : 04-985 2539 / 04-985 1899

Informasi mengenai lokasi dan harga letak kereta di jeti Kuala Perlis ini penting untuk anda baca. Ada berberapa perkara penting yang perlu anda tahu berkenaan meletak kereta di sekitar jeti tersebut.

Maklumat mengenai jadual dan harga tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi ini mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Kaunter Tiket Di Terminal Feri Penang

Mungkin ramai tidak tahu bahawa anda juga boleh ke Langkawi dari  Swettenham Pier Cruise Terminal, George Town Penang (Pulau Pinang).

Sebelum ini kami ada tulis sedikit informasi umum mengenai jadual dan harga tiket feri Langkawi dari Penang.

Kelebihannya menggunakan gateway ini untuk ke Langkawi ialah anda boleh dalam masa yang sama bersiar-siar di bandaraya bersejarah George Town Penang.

Ada begitu banyak tempat menarik di Penang boleh anda lawat seperti Penang Hills, Jambatan Pulau Pinang dan Penang terkenal dengan makanan yang sedap. Siapa tidak kenal dengan Laksa Penang.

Anda boleh terus ke bandar ini menggunakan bas express kerana Swettenham Pier Cruise Terminal tidaklah jauh dari Terminal Bas Express Sungai Nibung.

Anda boleh berhubung dengan kaunter tiket feri di terminal tersebut menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Kaunter Tiket di Penang
Ground Floor, Bangunan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
No.1, Pesara King Edward, 10300 Penang, Malaysia.
Tel: 604-2620802
No. Telefon: 6016-4160802
Fax: 604-2620445
Email: sffvpenang.ticket@gmail.com

Tidaklah susah sangat untuk cari lokasi tersebut. Tambang teksi atau grab dari terminal bas juga tidak mahal kerana jaraknya yang tidak terlalu jauh.

Kaunter Tiket Di Terminal Feri Langkawi

Mungkin anda perlukan maklumat untuk kaunter tiket di Pulau Langkawi itu sendiri. Anda boleh gunakan maklumat perhubungan atau contact number di bawah.

Kaunter Tiket Feri Langkawi
Kaunter Langkawi No.1, 6 & 7, Kompleks Jetty Point
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131

Selain membeli tiket melalui kaunter tiket di tempat-tempat yang disenaraikan tadi, penumpang juga sebenarnya boleh book tiket ferry online menggunakan applikasi easybook.com atau langkawiferryline.com.

Semoga sedikit maklumat umum mengenai contact number kaunter tiket feri Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan tempatan di negara kita.