Bas Johor Ke Terengganu Jadual & Harga Tiket Bas
Bas Johor ke Terengganu harga tiket dari RM 21.00 sehala dengan promosi diskaun dari Easybook.com jika anda beli dari applikasi booking tiket online tersebut.
Sebut sahaja Terengganu anda pastinya akan teringat dengan Pulau Perhentian dan Kuala Terengganu, 2 destinasi pelancongan yang amat popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.
Cuti-cuti ini nanti, jika anda belum pernah berkunjung ke Terengganu, apa kata anda masukan ini dalam pilihan destinasi percutian akan datang anda.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Ketika ini ada lebih kurang 9 syarikat bas express yang menyediakan perkhidmatan dari Johor ke Terengganu.
Maksudnya, dari segi pengangkutan ianya bukanlah satu masalah kerana anda ada begitu banyak pilihan.
Tentu sekali jumlah syarikat bas express bakal bertambah pada masa akan datang seiring dengan pertambahan permintaan orang ramai.
Menaiki bas express ke destinasi ini dari Johor adalah pilihan yang terbaik dan termurah untuk anda pertimbangkan.
Lebih memudahkan sekarang ini proses beli tiket boleh dilakukan melalui applikasi online.
Selain menggunakan applikasi easybook.com, ada banyak applikasi yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti busonlineticket.com dan redbus.my.
Kami lebih selesa menggunakan easybook.com kerana sudah terbiasa dan interface applikasi yang senang digunakan mengikut keperluan.
Nak check tiket bas JB ke Terengganu guna apps nie pun senang.
Pick-up & Drop-off Point
Jika anda menaiki bas express dari Johor ke destinasi tersebut, anda boleh pilih mana-mana pick-up point yang terdekat dengan anda.
Antara Pick-up Point di Johor ialah di Batu Pahat, Johor Bahru (JB Larkin Term.), Kota Tinggi, Mersing Jetty (Gateway to Tioman), Muar, Pasir Gudang, Segamat dan Terminal Taman Universiti.
Ada lebih kurang 8 pick-up point yang boleh anda pilih bergantung kepada lokasi anda.
Di Terengganu pula anda boleh pilih mana-mana drop-off point yang terdekat dengan destinasi pilihan anda.
Anda boleh pilih mana-mana drop-off point berikut yang terdekat. Ada lebih kurang 9 drop-off point berikut yang boleh anda pilih.
Antaranya ialah drop-off Point Dungun, Jerteh (Jertih), Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Marang, Paka, Setiu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kemudahan Dalam Bas Express
Sekarang ini ada begitu banyak bas express, saingan meningkat dan menyebabkan harga tiket menjadi lebih banyak pilihan dan syarikat-syarikat bas express juga berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan dalam bas untuk menarik penumpang.
Jika anda beli tiket bas dari applikasi easybook, anda mempunyai peluang untuk filter bas express mengikut kemudahan yang disediakan.
Fungsi tersebut ada di sebelah kiri paparan carian bas jika anda menggunakan laptop atau desktop.
Bagi yang menggunakan Smartphone anda boleh click butang ‘sort & filters’ selepas menetapkan carian destinasi anda di applikasi tersebut.
Anda perlahan-lahan explore applikasi tersebut untuk membiasakan diri jika menggunakannya.
Antara kemudahan yang disediakan oleh bas express ialah Food On Board, Massage Chair, Socket Plug, TV, Wifi, Headphone, VIP Seater, Personal Desk, USB Port, Reading Light, Blanket dan Water On Board.
Sila ambil maklum bahawa bukan semua bas menyediakan kemudahan yang sama. Sebab itu kenalah filter atau semak kemudahan yang ada sebelum beli tiket.
Bas yang menyediakan bermacam-macam kemudahan dalam bas sudah tentu harga tambangnya lebih mahal berbanding yang lain.
Senarai Bas Express Ke Terengganu
Sekarang ini ada lebih kurang 9 syarikat bas express yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor ke Terengganu.
Mungkin ada lebih dari itu, tetapi list yang ada di sini hanyalah yang ada dalam senarai applikasi easybook.com.
Mungkin ada bas yang lain tetapi belum disenaraikan dalam applikasi tersebut.
Kita akan kemaskini maklumat ini dari masa ke semasa.
Antara syarikat bas yang beroperasi untuk laluan ini ialah:
- S.P. Bumi
- Mara Liner
- Cepat & Cekap Express
- Express Mutiara
- Prisma Express
- Mayang Sari Express
- Adik Beradik Express
- KKKL Sdn. Bhd
- Perdana Express
Sepanjang perjalanan anda bolehlah menikmati pemandangan di kiri kanan jalan. Memang tidak rugi jika anda menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Terengganu.
Tarikan Pelancong
Perkara ini tidak perlu diperdebatkan lagi, kerana sememangnya negeri ini amat terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik dan juga Tasik Kenyir yang sering menjadi tumpuan pelancong.
Begitu juga dengan alam semulajadi yang masih terpelihara hasil kerja keras kerajaan negeri, tentunya anda tidak akan kekurangan perkara yang perlu di buat dan dikunjungi di negeri itu nanti.
Kalau hendak diceritakan satu persatu memang panjang. Cara terbaik ialah anda baca terus semua maklumat terperinci di laman website rasmi Tourism Terengganu. Website milik kerajaan negeri Terengganu.
Semoga sedikit informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Johor ke Terengganu ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah kita bersama membantu mempromosikan dan menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam di negara kita.