Senarai Biasiswa Lepasan SPM STPM 2024 Untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa lepasan SPM 2024 terkini ini memberi informasi kepada anda senarai dan syarat kelayakan biasiswa yang boleh dipohon oleh pelajar warganegara Malaysia.

Senarai Biasiswa Lepasan SPM & STPM

Di bawah adalah senarai biasiswa untuk lepasan SPM dan STPM yang paling popular di Malaysia.

Senarai scholarship di atas hanyalah sebahagian kecil.

Ada antara biasiswa tersebut yang akan menawarkan kerja terus sebaik anda menamatkan pengajian anda kelak.

Biasanya yang tawarkan biasiswa seperti itu ialah dari pihak syarikat yang besar seperti automotive, finance, insurans, oil and gas serta manufacturers (pengilang).

Senarai biasiswa lepasan SPM & STPM
Check out senarai penuh di >>> pendidikanmalaysia.com

Pelajar yang mendapat keputusan cermerlang 5A dan ke atas memiliki peluang yang lebih tinggi untuk mendapat biasiswa dari pelbagai penaja.

Jangan silap, tidak bermaksud anda yang tidak dapat 5A tidak berpeluang, reziki masing-masing.

Ada antara yang tersenarai ini adalah biasiswa lepasan SPM ke luar negara kepada pelajar yang berminat.

Bagaimana Cara Memohon Biasiswa Lepasan SPM Ke Luar Negara?

Ramai yang teringin untuk mendapat biasiswa untuk sambung pengajian ke luar negara. Ada banyak agensi awam dan swasta menawarkan biasiswa untuk sambung study ke overseas.

Yang penting program pengajian yang anda ikuti diiktiraf oleh MQA.

Antaranya JPA, MARA, Bank Negara, Sarawak Energy, Petronas dan banyak lagi.

Memohon tajaan pengajian untuk ke overseas memang bukan senang.

Berita baiknya pihak JPA ada menyediakan panduan memohon biasiswa ke luar negara untuk pelajar. Anda boleh baca dan menjadikannya sebagai panduan penting.

Anda boleh download panduan (PDF) tersebut di https://docs.jpa.gov.my/docs/pnerbitan/panduan08/bmi/03.pdf

Walaupun ianya adalah untuk memohon biasiswa JPA, tetapi ianya berguna untuk memohon biasiswa yang lain juga.

Banyak university dan college yang menawarkan distance learning programme seperti UUM, USM, UPM, UTM, UNITAR, Open University Malaysia dan banyak lagi.

Jika anda memilik keputusan SPM dan STPM yang baik tentu tidak sukar untuk anda mendapatkan scholarship nanti.

Kebanyakan biasiswa (scholarship opportunities) ini dibuka sebaik sahaja keputusan SPM dan STPM diumumkan.

Tawaran Biasiswa MARA Untuk Pelajar Lepasan SPM

Ramai yang tanya tentang biasiswa Mara. Setiap tahun mereka menawarkan biasiswa dan tahun ini juga ada.

Berikut adalah senarai tajaan pelajaran Mara untuk lepasan SPM bagi peringkat pengajian ke Diploma atau ijazah.

  • Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP)
  • Program Pelajar Cemerlang (IPMa)

Sentiasa ambil masa semak hebahan terkini yang biasiswa dikeluarkan dari masa ke semasa.

Tips Menghadiri Temuduga Biasiswa

Salah satu perkara yang anda perlu sediakan diri ialah menyediakan diri dengan sesi temuduga biasiswa.

Kebanyakan jika bukan semua tajaan pendidikan yang ditawarkan ini memerlukan anda menghadiri sesi temuduga.

Ini perkara yang sering tidak terfikir oleh para pelajar, sedangkan inilah yang akan menentukan sama ada anda berpeluang dapatkan biasiswa tersebut atau tidak dan bukan bergantung kepada kelayakan akademik sepenuhnya.

In fact, ujian personaliti, kematangan berfikir dan penampilan adalah aspek yang jauh lebih penting.

Sebab itulah persediaan menghadapi temuduga biasiswa itu penting.

Kebanyakan scholarship opportunities sekarang ini memerlukan pemohon untuk menghadiri temuduga.

Jika anda bernasib baik dan disenarai pendek kemungkinan besar anda akan dipanggil / dihubungi untuk sesi temuduga biasiswa.

Anda juga kena rajin-rajin membaca cara memohon biasiswa yang betul untuk meningkatkan peluang anda.

Persediaan yang rapi adalah diperlukan untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapat biasiswa biasiswa yang anda idam-idamkan.

Untuk membantu kami sarankan anda membaca tips menghadiri temuduga biasiswa ini untuk menyediakan anda.